Impak Anda

Bantuan Anda

Informasi Terbuka

Asnaf

Pembangunan Asnaf

Bagaimana Anda Membantu

Tahukah anda bahawa zakat anda memberi seribu satu impak kepada kehidupan?

Apakah Erti Zakat Anda Kepada Mereka

Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti LZS adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.

“Zakat juga menangani isu mendesak seperti keperluan makanan, tempat tinggal, keperluan perubatan dan pendidikan. Anda memberi talian hayat yang tidak ternilai untuk mereka berjuang meneruskan hidup dengan memenuhi keperluan asas. Kasih sayang juga disampaikan melalui setiap perkongsian yang menjadikan impak zakat ini lebih meluas.”

Jenis Bantuan Yang Anda Salurkan

Bantuan Keperluan Asas

Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti LZS adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.

Bantuan Perubatan

Selain menghidap penyakit dan/atau hilang upaya, ramai individu dan keluarga di sekeliling kita lumpuh dari segi kewangan akibat kos perubatan dan kos rawatan. Sumbangan anda kepada Bantuan Perubatan meringankan beban ekonomi dan mental yang ditanggung oleh mereka.

Bantuan Pendidikan

Bantuan Pendidikan ini memastikan pembayaran Zakat anda digunakan untuk menjamin masa depan dengan peluang yang lebih baik untuk ramai minda muda yang berpotensi dan bersemangat.

Cara Mudah Ubah Nasib

Bantuan Keperluan Asas!